Covid-19: 1,325 kes baharu, 4 kematian hari ini

Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 1,315 kes menjadikan jumlah kumulatif 63,176 kes.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,310 kes adalah penularan tempatan manakala lima kes import.
Katanya, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan 11,508 kes.

“Sabah masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 476 kes (36.2 peratus), yang mana 406 kes (85.3 peratus) adalah hasil saringan kluster dan kontak rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan.

See also  Telefon bimbit pula dirembat Monyet

“Ia diikuti oleh Selangor sebanyak 266 kes (20.2 peratus) dan Kuala Lumpur sebanyak 191 kes (14.5 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 112 kes (8.5 peratus) pula adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara membabitkan Kluster PTS Sibuga (99 kes), Kluster Tembok (lapan kes), Kluster Penjara Reman (dua kes), Kluster Rumah Merah (dua kes), dan Kluster Penjara Kepayan (satu kes).

See also  Jumlah Kes COVID19, 9 Januari 2021 

Menurutnya, kes sembuh dicatatkan hari ini adalah 1,110 menjadikan jumlah kumulatif 51,314 atau 81.2 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Empat kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 354 kematian.

“Seramai 118 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 43 kes memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 6:35 PM

See also  Covid19- 20 Julai 2021 Jumlah kes 12,366

Oleh: Muhaamad Hafis Nawawi
Gambar: KKM

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Covid-19: 1,325 kes baharu, 4 kematian hari ini " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133189
Users Today : 1584
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20501
Users Last 30 days : 69204
Users This Month : 26914
Users This Year : 133188
Total Users : 133189
Views Today : 2542
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31885
Views Last 30 days : 108227
Views This Month : 41861
Views This Year : 204251
Total views : 204252
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares