‘Kasut ni barang kes, bukan untuk dijual’- Ketua Polis Johor

Kuala Lumpur: Gara-gara sepasang kasut ‘epik’ Nike Air Jordan, siaran langsung sidang media Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mencuri tumpuan warganet apabila ada yang bertanya tentang harga kasut berkenaan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sidang media oleh Ayob Khan itu dibuat susulan penahanan tiga lelaki termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk’ dalam skim pelaburan yang tidak wujud membabitkan matawang asing.

Tumpuan sidang akhbar berkenaan mencuri tumpuan warga net apabila Ayob Khan menunjukkan kasut eksklusif, Nike Air Jordan yang dikeluarkan dalam kuantiti terhad.

See also  Rasuah kalangan Pekerja Syarikat Telco licik dan terancang

Ayob Khan berkata, kasut berkenaan adalah sebahagian daripada pelbagai barangan yang dirampas termasuk jam jenama Rolex, jam Hublot dan telefon pintar.

Beliau berkata, sepasang kasut berkenaan adalah barang kes dan bukannya untuk bidaan atau dilelong.

Satu akaun Facebook, AF Viral Empire turut memuat naik tangkap layar ketika sidang media Ayob Khan yang mempamerkan kasut Nike Air Jordan berkenaan.

See also  PASUKAN GERAK PANTAS DAN DRON 1 KAD 7 BRIGED TANGKAP 26 PATI

Berdasarkan akaun FB itu, kasut berkenaan adalah model Nike Air Jordan 1 Low X Dior dan menerusi pasaran semasa, ia dijual pada harga sekitar RM20,000 hingga RM35,000, bergantung kepada saiz.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 5:37 PM

Oleh: Muhammad Saufi Hassan
Gambar: Polis

See also 

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 'Kasut ni barang kes, bukan untuk dijual'- Ketua Polis Johor " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149810
Users Today : 1417
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22312
Users Last 30 days : 79532
Users This Month : 43535
Users This Year : 149809
Total Users : 149810
Views Today : 1950
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33615
Views Last 30 days : 121775
Views This Month : 66366
Views This Year : 228756
Total views : 228757
Who's Online : 20
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares