Kongsi Gelap Geng 18 Batu 14 Puchong memeras ugut di pub

Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki termasuk seorang lelaki menggelarkan dirinya sebagai ‘Datuk’ yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, di sini, kelmarin, dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada pemilik premis berkenaan yang memaklumkan diperas ugut kumpulan terbabit.

“Hasil siasatan awal mendapati sekumpulan lelaki berkenaan dipercayai ahli kumpulan Geng 18 Batu 14 Puchong.

“Menurut pemilik premis terbabit, kumpulan berkenaan ada meminta bayaran wang perlindungan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

See also  Tentera kawal ketat seluruh zon PKPD Pasar Borong Selayang

“Kami sedang menjalankan siasatan berkaitan kumpulan ini serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, seorang lelaki bergelar Datuk yang ditahan dalam kejadian itu difahamkan menggunakan gelaran berkenaan sebagai nama panggilan sahaja.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460670 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

See also  PKP2.0 Sewa homestay untuk berjudi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan 19 individu termasuk seorang daripadanya dipercayai bergelar Datuk ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, di sini, kelmarin.

Malah, dua daripada 19 individu ditahan adalah seorang wanita serta seorang koperal polis yang turut dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Sebelum ini, satu hantaran berserta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 24 saat menunjukkan pergaduhan di antara sekumpulan lelaki tular di media sosial, hari ini.

Hantaran di media sosial itu juga mendakwa seorang lelaki dipercayai Datuk memukul seorang anggota polis dalam kejadian itu.

See also  Manusia Sampah spesis Pengotor

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 8:38 PM

Oleh: Nurul Hidayah Bahaudin
Gambar: Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kongsi Gelap Geng 18 Batu 14 Puchong memeras ugut di pub " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156162
Users Today : 3
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 24557
Users Last 30 days : 79986
Users This Month : 49887
Users This Year : 156161
Total Users : 156162
Views Today : 3
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 37235
Views Last 30 days : 123277
Views This Month : 76554
Views This Year : 238944
Total views : 238945
Who's Online : 6
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-19
0Shares