Anggota polis cedera jari kelengkeng terkena tembakan

BUKIT KAYU HITAM – Seorang anggota polis wanita berpangkat konstabel cedera pada jari kelengkeng kaki kirinya akibat terkena tembakan yang dilepaskan rakan setugasnya tanpa sengaja di sebuah balai polis di sini hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, mangsa berusia 31 tahun dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila seorang anggota wanita berpangkat konstabel berusia 25 tahun dari Balai Polis Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini melepaskan satu das tembakan tanpa disengajakan.

See also  Dua penjenayah bersenjata warga asing mati ditembak

“Anggota terbabit melepaskan tembakan tanpa disengajakan itu semasa pemeriksaan mengosongkan senjata dijalankan.

“Kejadian berlaku di kaunter aduan balai polis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, kejadian telah menyebabkan kecederaan kepada rakannya, juga merupakan anggota wanita berpangkat konstabel.

See also  Pantun Barang Order vs barang sampai

“Semasa kejadian mangsa berada di hadapan rakannya itu pada jarak kira-kira tiga meter,” ujarnya.

Tambahnya, anggota yang cedera pada jari kelengkeng kaki kiri dibawa ke HSB menggunakan ambulans dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960,” tambahnya. – K! ONLINE

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
28 November 2020, 10:42 pm

See also  DBKL TERUS TINDAKAN TERHADAP PENIAGA WARGA ASING BERNIAGA

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Anggota polis cedera jari kelengkeng terkena tembakan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148827
Users Today : 434
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24133
Users Last 30 days : 80225
Users This Month : 42552
Users This Year : 148826
Total Users : 148827
Views Today : 597
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36883
Views Last 30 days : 123099
Views This Month : 65013
Views This Year : 227403
Total views : 227404
Who's Online : 17
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares