Bangkai Gajah Ditemui Di Ladang Kelapa Sawit Di Sabah Disyaki Diracun

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bangkai gajah betina yang ditemui di ladang kelapa sawit Leepang di Kinabatangan.

KOTA KINABALU: Pegawai hidupan liar kini menyiasat punca kematian seekor gajah betina yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di daerah Kinabatangan yang terletak di pantai timur Sabah minggu lalu.

Seorang pekerja ladang terserempak dengan bangkai seekor gajah betina yang dipercayai diracuni, dengan darah mengalir keluar dari bahagian mulutnya di ladangan Leepang Ahad lalu.

Pengarah Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata, gajah itu, yang dianggarkan berusia 20 tahun, mati kurang 24 jam sebelum ditemui pekerja berkenaan.

“Tiada bukti yang jelas menunjukkan sebarang kecederaan fizikal disebabkan objek tajam,” katanya semasa dihubungi.

“Sepasukan pegawai hidupan liar menjalankan bedah siasat ke atas bangkai itu pada hari berikutnya. Tujuh sampel darah dihantar untuk ujian toksikologi dan kami belum menerima keputusannya.”

Anak gajak diberi makan sebelum ditempatkan di Pusat Perlindungan Gajah Borneo.

Ia adalah kes terbaru dalam siri kematian melibatkan pakiderma di Sabah.

Selain keracunan, gajah juga didapati mati kerana kecederaan akibat tembakan dan perangkap.

Pada Jun, Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Dr Sen Nathan berkata, 50 hingga 60 ekor gajah dilaporkan mati akibat keracunan sepanjang 10 tahun lalu di negeri itu.

“Setiap gajah di negeri ini terdedah kepada racun, sama ada daripada tumbuh-tumbuhan, alam sekitar atau kawasan perladangan,” katanya.

Dalam pada itu, renjer hidupan liar di Kinabatangan berjaya menangkap dan menempatkan seekor anak gajah yang sesat ke sebuah ladang lain di Kampung Sukau semalam.

Tuuga berkata gajah itu akan dibawa ke Pusat Perlindungan Gajah Borneo di daerah tersebut. – FMT

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bangkai Gajah Ditemui Di Ladang Kelapa Sawit Di Sabah Disyaki Diracun " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also 

Our Visitor

156099
Users Today : 889
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24494
Users Last 30 days : 79923
Users This Month : 49824
Users This Year : 156098
Total Users : 156099
Views Today : 1625
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37137
Views Last 30 days : 123179
Views This Month : 76456
Views This Year : 238846
Total views : 238847
Who's Online : 4
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares