Banjir: 1,535 mangsa banjir dipindahkan di Terengganu

CHUKAI: Seramai 1,535 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh Terengganu, dengan Kemaman muncul daerah paling terkesan, setakat jam 6 petang tadi.

Kemaman mencatat 1,362 mangsa banjir daripada 333 keluarga ditempatkan di sembilan PPS, iaitu meningkat berbanding 1,310 orang (320 keluarga) pada jam 4 petang.

Mangsa banjir terbabit adalah penduduk di enam kampung yang terjejas, iaitu Air Putih, Teladas, FELDA Seberang Tayor, Pasir Gajah, Tebak dan Ban Hoe.

See also  Guru Yang Juga Isteri Kepada Ahli Politik Kedah positif Covid-19, SK Permatang Janggus ditutup

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata PPS aktif di Kemaman ketika ini termasuk dua baru dibuka, iaitu Pasir Gajah dan Surau Kampung Ban Hoe.

Tujuh lagi PPS ialah Dewan Sivik Kampung Air Putih, Balai Raya Kampung Teladas, Dewan Serbaguna Kampung FELDA Seberang Tayor, Masjid Kampung Batu 16, Masjid Batu 14 di Kampung Tebak, Dewan Orang Ramai Batu 14 dan Surau Haji Othman.

See also  ????️????️ Bekas pengurus maut selepas rempuh kilang, baling petrol

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah mangsa banjir dipindahkan di Dungun menurun kepada 159 orang daripada 41 keluarga, berbanding 344 orang (100 keluarga) sebelum itu.

Semua mangsa berkenaan ditempatkan di tiga PPS, iaitu Dewan Serbaguna Pasir Raja (71), Dewan Serbaguna Kampung Shukor (65) dan Dewan Serbaguna Kampung Minda (23).

Sementara itu, Marang pula kekal dengan 14 mangsa banjir daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Merchang.

See also  PKPB Seluruh Selangor KL dan Putrajaya bermula 12:01am 14-10-2020

Oleh Zaid Salim
November 28, 2020 @ 9:08pm
Gambar: Media sosial

#BeritaHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Banjir: 1,535 mangsa banjir dipindahkan di Terengganu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124399
Users Today : 3822
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22071
Users Last 30 days : 69744
Users This Month : 18124
Users This Year : 124398
Total Users : 124399
Views Today : 5751
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33530
Views Last 30 days : 108234
Views This Month : 27643
Views This Year : 190033
Total views : 190034
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares