Budak lelaki terperangkap dalam kereta

GEORGETOWN – Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam sebuah kereta yang diparkir di kawasan perumahan di Tingkat Paya Terubong 4, Taman Terubong Indah, Air Itam di sini tengah hari tadi.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Noor Zahidi Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia setahun empat bulan terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Bezza milik bapanya.

See also  Wanita kena kuarantin keluar rumah

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.50 tengah hari daripada ibu mangsa dan beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, ibu bapa mangsa berada di luar kereta dalam keadaan enjin masih dihidupkan.

See also  Lebihraya timur barat Grik- Jeli perlu perhatian segera

“Anggota dibantu bapa mangsa kemudian memujuk kanak-kanak berkenaan untuk menekan butang tingkap kereta tersebut.

“Tidak lama selepas itu, mangsa menekan butang tingkap dan kita berjaya menyelamatkannya. Operasi hanya mengambil masa 10 minit tanpa sebarang kerosakan pada kereta,” katanya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Oleh: SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 29 November 2020
Gambar: Bomba

#SinarHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial

See also  {{Video}} Detik Mendebarkan Bomba Selamatkan Kucing Jatuh Lombong
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Budak lelaki terperangkap dalam kereta " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156701
Users Today : 542
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23356
Users Last 30 days : 78787
Users This Month : 50426
Users This Year : 156700
Total Users : 156701
Views Today : 965
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35378
Views Last 30 days : 121315
Views This Month : 77516
Views This Year : 239906
Total views : 239907
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares