Empat mukim di Kulim dilanda banjir kilat

KULIM – Hujan lebat mengakibatkan empat mukim di daerah ini mengalami banjir kilat yang berpunca daripada masalah perparitan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Bahagian Operasi Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, empat mukim tersebut iaitu Mukim Sungai Ular, Mukim Padang Meiha, Mukim Padang Cina dan Mukim Sungai Seluang terjejas selepas hujan lebat bermula pada jam 4 petang tadi.

Menurutnya, sebanyak 105 mangsa membabitkan 21 keluarga di Kampung Paya terjejas akibat banjir kilat di Mukim Sungai Ular dan telah dipindahkan.

See also  Penebangan hutan, saluran paip punca banjir kilat di Zoo Negara?

Penduduk di Kampung Ming Terk, Batu Dua, Kulim hari ini dibawa keluar oleh anggota penyelamat ke kawasan selamat. – Foto APM KULIM

“Di Mukim Padang Meiha pula terdapat 15 mangsa daripada lima keluarga di Kampung Manggis telah dipindahkan. Namun kita masih belum menerima maklumat lagi tentang jumlah mangsa bagi Mukim Padang Cina dan Mukim Sungai Seluang,” katanya di sini hari ini.

See also  MPSA mula bertindak di Sg Buloh

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini pusat pemindahan sementara (PPS) masih belum dibuka lagi.

Sementara itu, di Sungai Petani terdapat tiga kampung yang terlibat dengan banjir kilat iaitu Kampung Huda, Taman Kenari Jaya dan Kampung Haji Wahab yang melibatkan kira-kira enam buah rumah.

Bagaimanapun anggaran jumlah mangsa masih belum diperoleh lagi dan mangsa yang terlibat telah dibawa ke tempat selamat.

Oleh: WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | | 28 November 2020
Video/gambar: Media sosial

See also  25-10-2020 COVID-19 11 kes Wilayah Persekutuan

#SinarHarian
#infosemasa

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Empat mukim di Kulim dilanda banjir kilat " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133166
Users Today : 1561
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20478
Users Last 30 days : 69181
Users This Month : 26891
Users This Year : 133165
Total Users : 133166
Views Today : 2486
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31829
Views Last 30 days : 108171
Views This Month : 41805
Views This Year : 204195
Total views : 204196
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares