Mayat reput vterapung diheret biawak

KULIM – Mayat seorang individu ditemui terapung dekat tebing Sungai Muda berdekatan Kampung Lesung Tujuh, Padang Serai, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Mayat berkenaan ditemui nelayan yang ketika itu sedang memasang pukat sebelum ternampak seperti satu objek diheret seekor biawak.

Apabila didekati, objek berkenaan sebenarnya mayat individu yang mungkin telah meninggal dunia beberapa hari lalu berdasarkan keadaan fizikal badannya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mayat yang ditemui terapung di Sungai Muda berjaya dikeluarkan pada jam 2.35 petang tadi.

See also  Video] F*CK cikgu dah, Ini buang buku teks dlm sungai pula

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, mayat berkenaan berada 100 meter dari tebing sungai dan tersangkut pada pokok sebelum dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat pada jam 2.35 petang tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan reput dipercayai berada di dalam air lebih kurang lima hari.

“Pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan tatu di lengan kanan dan tali warna merah di tangan kiri. Bagaimanapun, wajah mangsa serta identiti tidak dapat dikenal pasti,” katanya.

See also  Dakwaan PALSU Mayat Pesakit COVID-19 Dari India Hanyut Ke Sabah

Menurutnya, mayat itu dihantar ke Forensik Hospital Kulim untuk tindakan lanjut dan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.

“Polis meminta mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat tampil segera ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

See also  Hospital Selayang pula sedia kontena khas mayat pesakit Covid-19

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 29 November 2020

#SinarHarian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Mayat reput vterapung diheret biawak " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156148
Users Today : 938
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24543
Users Last 30 days : 79972
Users This Month : 49873
Users This Year : 156147
Total Users : 156148
Views Today : 1705
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37217
Views Last 30 days : 123259
Views This Month : 76536
Views This Year : 238926
Total views : 238927
Who's Online : 10
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares