Cuba noda anak tiri sebelum campak cucu

KUALA LUMPUR – Berang gagal rogol anak tiri dipercayai motif seorang lelaki Nigeria bertindak campak cucu tirinya dari tingkat tiga Apartmen Villa Danau, Setapak di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa, Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, 4, ditemui maut dalam keadaan tidak berseluar sebelum disusuli dengan kejadian suspek warga berusia 42 tahun itu bertindak terjun dalam keadaan bogel.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil siasatan mendapati suspek sudah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita tempatan berusia 49 tahun sejak 10 tahun lalu.

See also  POLIS SIASAT DAKWAAN KEHILANGAN BARANGAN KEMAS MILIK PESAKIT COVID-19

Jelas beliau, selain pasangan suami isteri itu, enam ahli keluarga yang terdiri daripada empat anak tiri, seorang anak lelaki suspek serta mangsa tinggal bersama di rumah tersebut.


Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek telah cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu sebelum dihalang isteri serta anak-anak yang lain.

“Berang dengan kejadian itu, suspek mengamuk dan memukul kesemua mangsa di dalam rumah tersebut. Isteri dan anak-anak cuba menyelamatkan diri dengan bertindak keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan jiran.

See also  Suspek rogol,liwat dan bunuh kerani direman 7 hari

“Ketika itu, suspek melihat mangsa menjerit meminta bantuan sebelum dia bertindak mencampak kanak-kanak itu dari tingkap bilik utama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, susulan itu, suspek turut lompat dari tingkap yang sama.

“Suspek cedera akibat kejadian itu gagal melarikan diri dan berjaya ditangkap orang awam dan pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

See also  Pelajar dakwa guru persendakan rogol dalam kelas

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
29 November 2020, 1:30 pm
Video/gambar: Media sosial

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Cuba noda anak tiri sebelum campak cucu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156751
Users Today : 592
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23406
Users Last 30 days : 78837
Users This Month : 50476
Users This Year : 156750
Total Users : 156751
Views Today : 1085
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35498
Views Last 30 days : 121435
Views This Month : 77636
Views This Year : 240026
Total views : 240027
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares