Pelajar jatuh jambatan gantung: CCT akan pasang satelit mini

Putrajaya: Common Towers Technologies And Bhd (CCT) akan memasang stesen satelit mini (VSAT) di Kampung Gusi, Ranau, Sabah, susulan insiden tiga pelajar terjatuh dari jambatan gantung di perkampungan itu, baru-baru ini

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, pemasangan itu akan dilakukan selewat-lewatnya pertengahan Disember ini.

Katanya, ia adalah penyelesaian sementara yang mendapat sokongan dari anak syarikat penuh Warisan Harta Sabah Sdn Bhd, bagi penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui penggunaan teknologi VSAT.

Menurutnya, inisiatif itu adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) CTT.

“Pengurus Besar CTT, Law Chun Ming mengesahkan, pemasangan VSAT akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 Disember ini

See also  Aplikasi wasap makan modal jika tidak berhati hati.

“Selain itu, tiga menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Lokasi itu dinyatakan dalam dokumen tender yang dikeluarkan oleh SKMM pada 20 November lalu,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Sementara itu, SKMM turut meluahkan simpati terhadap insiden menimpa tiga pelajar berkenaan yang dilaporkan terjatuh ketika menyusuri jambatan gantung untuk mendapatkan rangkaian Internet bagi mengikuti kelas dalam talian.

Katanya, pihaknya sempat bertemu Ketua Kampung Gusi, Galam Abdullah untuk bertanyakan khabar keadaan ketiga-tiga pelajar berkenaan dan mendoakan mereka sembuh secepat mungkin.

See also  Jumlah Kes COVID19, 9 Januari 2021 

SKMM turut menasihati semua pelajar supaya tidak membahayakan diri dalam usaha mencari capaian Internet.

Media sebelum ini melaporkan tiga pelajar yang sedang mencari akses Internet untuk mengikuti kelas dalam talian, terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, pada 23 November lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 9 malam membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut.

Akibat kejadian seorang daripada mereka patah kaki dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

See also  Senarai Kawasan Merah Covid-19 setakat 25-10-2020

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 9:50 AM

Oleh: Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bh.com.my

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pelajar jatuh jambatan gantung: CCT akan pasang satelit mini " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155710
Users Today : 500
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24105
Users Last 30 days : 79534
Users This Month : 49435
Users This Year : 155709
Total Users : 155710
Views Today : 826
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36338
Views Last 30 days : 122380
Views This Month : 75657
Views This Year : 238047
Total views : 238048
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares