1 December 2020
KUALA LUMPUR – Kereta rempuh dinding kaca stesen minyak di Bandar Baru Bangi.
Semuanya gara-gara seorang wanita warga asing berusia 33 tahun yang memarkir kereta Proton Saga berwarna hitam dalam keadaan tranmisi gear tidak neutral.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian melibatkan kereta tranmisi gear manual itu berlaku pukul 4.20 petang tadi di Kedai Mesra Petronas.
Akibat kelalaian pemandu, kenderaannya melonjak ke depan dan melanggar cermin kaca di premis tersebut, katanya.
Bagaimanapun tiada berlak kecederaan dalam kejadian itu.- MalaysiaGazette

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " {Video}Kereta ‘rempuh’ stesen minyak " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.