{Video}Mat Ju mahir ubahsuai motosikal redah banjir

Jerteh: Menjadi kebiasaan bagi mekanik di Kampung Gerung dekat Kampung Apal, di sini, menggunakan kreativiti untuk mengubah suai motosikal bagi merendah banjir.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Mekanik, Zulhilmi Sudin, 24, atau lebih dikenali panggilan Mat Ju berkata, setiap kali musim banjir, penduduk akan meminta mekanik mengubahsuai motosikal mengikut kreativiti masing-masing.

“Saya mengubahsuai Honda C70 menggunakan wayar mesin basuh bagi membolehkan ia digunakan untuk meredah banjir.

“Jika ikutkan saya sudah mula terbabit dalam kerja mengubahsuai motosikal untuk redah banjir sejak 2017 dan sering tambah baik supaya tahan lebih lama dalam air.

“Memang tak sangka video saya membonceng motosikal meredah banjir di Kampung Gerung tular kerana ketika itu saya sedang menguji kemampuan motosikal bersama seorang rakan,” katanya di Kampung Apal, di sini.

See also  {Video}Pemandu lori tampar juruwang diberkas

Mat Ju berkata, kos untuk pengubahsuaian kira-kira RM30 saja dan kebiasaannya dia mengambil masa setengah jam menyiapkannya.

“Selalunya ubahsuai membabitkan tangki minyak supaya ia boleh diangkat ketika meredah banjir.

“Saya juga memasang wayar mesin basuh ke karburetor yang dipindahkan ke tempat tinggi dan di hala ke atas untuk mengelakkan dimasuki air.

“Kebiasaannya minyak yang diisi dalam tangki mampu bertahan lebih setengah hari bergerak dalam air pada kelajuan biasa,” katanya.

See also  Maybank Cawangan Bandar Pusat Jengka ditutup untuk Sanitasi

Dia berkata, komponen yang diubahsuai boleh dibuka semula dan motosikal digunakan seperti biasa.

“Setakat ini saya sudah mengubahsuai kira-kira 10 motosikal milik sendiri serta rakan sekampung yang minta tolong apabila banjir,” katanya.

Dia berkata, minat untuk mengubahsuai motosikal muncul sejak dia di sekolah menengah.

“Saya tidak mengikuti sebarang pendidikan formal dalam bidang ini sebaliknya belajar sendiri sama ada bekerja dengan orang dan belajar dengan kawan yang turut mahir membaiki motosikal.

“Buat masa sekarang saya masih bekerja dengan orang di bengkel motosikal Kampung Apal dan turut mempunyai bengkel kecilan di rumah.

See also  [VIDEO] Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang

“Apabila balik kerja saya akan sambung kerja-kerja membaiki serta ubahsuai motosikal di rumah,” katanya.

???????????????????????? ????????????????????
Artikel ini disiarkan pada:
Ahad, 29 November 2020 @ 8:30 PMVideo: Media Sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video}Mat Ju mahir ubahsuai motosikal redah banjir " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124439
Users Today : 3862
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22111
Users Last 30 days : 69784
Users This Month : 18164
Users This Year : 124438
Total Users : 124439
Views Today : 5817
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33596
Views Last 30 days : 108300
Views This Month : 27709
Views This Year : 190099
Total views : 190100
Who's Online : 7
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares