Warga emas melecur, gas dapur meletup

Batu Pahat: Seorang warga emas melecur di kedua-dua kaki selepas dapur gas di rumahnya di Jalan Zamrud, Taman Soga di sini, meletup semalam.



Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kejadian jam 6.25 petang itu berlaku ketika Musharafah Habib, 71, menukar hos dapur gas.

Katanya, selesai memasang hos berkenaan, mangsa kemudiannya cuba menghidupkan dapur gas dan secara tiba-tiba berlaku letupan.

“Dipercayai ada kebocoran pada sambungan hos daripada tong gas ke dapur dan kesan letupan berkenaan mengakibatkan kaki mangsa melecur.

“Letupan turut merosakkan cermin tingkap dan pekakasan dapur,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa kerana dia enggan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut turut dilakukan secara menyeluruh di bahagian dapur rumah mangsa bagi memastikan tiada kebocoran lain,” katanya.

Katanya, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 11:37 AM

Oleh: Essa Abu Yamin
am@hmetro.com.my
Gambar: Bomba

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

See also  Gajah ‘menganggur’ berjalan 500 kilometer pulang ke Surin

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Warga emas melecur, gas dapur meletup
" di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Kepala kanak-kanak positif Covid-19 tersepit katil wad

Our Visitor

133165
Users Today : 1560
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20477
Users Last 30 days : 69180
Users This Month : 26890
Users This Year : 133164
Total Users : 133165
Views Today : 2479
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31822
Views Last 30 days : 108164
Views This Month : 41798
Views This Year : 204188
Total views : 204189
Who's Online : 5
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares