KUALA LUMPUR – Sebahagian bangunan yang sedang menjalani kerja-kerja penambahbaikan runtuh hari ini mengakibatkan tiga pekerja pembinaan tercedera.

Kejadian berlaku jam 12.27 tengahari di Wisma W. Shalihudin, Kawasan Perusahaan Ringan, Jalan Perusahaan Kiri, Jalan Genting Klang, Setapak dekat ini.

Katanya, pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku runtuhan bangunan semasa menjalankan kerja-kerja baik pulih.
“Terdapat tiga orang mangsa pekerja lelaki warga asing yang terlibat dalam kejadian yang mana seorang berumur 38 tahun mengalami kecederaan ringan dan keluar daripada lokasi runtuhan dengan sendirinya.
“Hasil tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan dua orang lagi mangsa lelaki dewasa warganegara asing yang dihempap runtuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Imam, kedua-dua mangsa berumur 28 dan 36 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan patah kaki.
“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1:41 tenghari tadi setelah pemeriksaan rapi mengesahkan tiada lagi mangsa di lokasi runtuhan itu,” katanya. – MalaysiaGazette
December 2, 2020
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Bangunan runtuh ketika kerja baik pulih, 3 pekerja asing cedera " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.