Pencuri ‘terperangkap’ 6 jam atas bumbung

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
2 Disember 2020, 3:40 pm

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


PASIR GUDANG – Hasrat seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah milik bilal Masjid Jalil Hassan, Kampung Pasir Putih di sini tidak kesampaian apabila dia terperangkap di atas bumbung kira-kira enam jam dalam kejadian di sini awal pagi tadi.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu bagaimanapun berjaya diberkas pukul 8.30 pagi selepas dikepung penduduk kampung.

Menurut seorang saksi kejadian, Sazli Raping, 55, berkata, suspek dipercayai cuba memecah masuk rumah bilal kira-kira pukul 2 pagi melalui bumbung rumah.

See also  {{Video}} Polis buru dua lelaki pecah rumah

“Bilal tersedar daripada tidur selepas dia terdengar bunyi bising atas bumbung rumahnya, dia ingat haiwan seperti kucing atau musang tetapi terkejut selepas mendapati ada kelibat manusia.

“Bilal terus kejutkan ahli keluarga yang lain serta jiran-jiran terdekat menyebabkan lelaki itu tidak berjaya meloloskan diri, dia takut nak terjun,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sazli berkata, penduduk kampung terus menghubungi polis sebaik menyedari kejadian itu sebelum sepasukan polis cuba memujuk suspek untuk menyerahkan diri namun lelaki itu berkeras tidak mahu turun.

See also  Kes rogol bawah umur meningkat ketika PKP di Kelantan

Jelasnya, polis meminta bantuan daripada pasukan bomba untuk menangkap suspek dengan menyembur air daripada jentera bomba namun usaha itu juga tidak berhasil sebelum meminta bantuan menggunakan kren sebuah syarikat pembinaan berhampiran.

“Lelaki itu ditangkap dengan bantuan kren untuk turunkannya, mungkin dia rasa takut diapa-apakan penduduk kampung sebab itu dia rela duduk atas bumbung berjam-jam.

“Kami pun tidak kenal lelaki itu dan percaya dia merupakan orang luar dari kampung kami,”katanya.

See also  Remaja 17 tahun ditahan bantu siasatan penemuan mayat bayi di tong sampah

Suspek kemudiannya ditangkap sebelum dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.-K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pencuri ‘terperangkap’ 6 jam atas bumbung " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156758
Users Today : 599
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23413
Users Last 30 days : 78844
Users This Month : 50483
Users This Year : 156757
Total Users : 156758
Views Today : 1099
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35512
Views Last 30 days : 121449
Views This Month : 77650
Views This Year : 240040
Total views : 240041
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares