SEREMBAN: Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan laporan seorang kelindan lori yang mendakwa diminta memberi dua guni bawang sebagai ganti bayaran kerana tidak dapat mengeluarkan surat majikan ketika melalui sekatan jalan raya di susur keluar Plaza Tol Senawang.

“Pada 30 November 2020 (semalam) jam 9.44 pagi, polis menerima satu laporan berhubung dakwaan pengadu (kelindan lori).
Mengikut laporan itu, pengadu mendakwa diminta membuat bayaran dan bagi menggantikan bayaran berkenaan, pengadu diminta menyerahkan dua guni bawang dalam lori pengadu.
“Bertindak atas maklumat, siasatan terperinci telah dijalankan dan tangkapan ke atas suspek iaitu seorang anggota polis dibuat pada hari sama jam 12 tengah hari di Senawang,” katanya hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.
“Polis akan menjalankan siasatan lanjut tanpa sebarang kompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Difahamkan pengadu berusia 26 tahun itu yang bekerja sebagai kelindan lori dalam perjalanan menghantar bawang dari Seksyen 27 Shah Alam ke Seremban.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " PKPD : Anggota polis ditahan kes peras sogokan bawang " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.