Tujuh ahli ‘Geng Emas Putih’ curi ekzos ditahan

MELAKA 2/12/2020- Polis menahan tujuh individu termasuk seorang graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dipercayai anggota ‘Geng Emas Putih’ yang aktif mencuri tabung ekzos kenderaan di negeri ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shahrul Lalli Masduki berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 19 hingga 42 tahun dilakukan dalam serbuan berasingan di sekitar daerah Melaka Tengah bermula 18 hingga 25 November lalu, manakala salah seorang daripada mereka bertindak sebagai pembeli.

Menurutnya, hasil risikan serta siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah menemui sebanyak 65 tabung ekzos yang dicuri.

See also  Tular lelaki warga asing gangguan seksual keatas wanita

Katanya, polis mendapati 30 daripadanya dicuri sekitar negeri ini berdasarkan laporan polis diterima yang mana 35 masih lagi dalam siasatan.

“Siasatan mendapati tabung ekzos yang dicuri akan diproses untuk hasilkan emas putih dan proses ini dipercayai dilakukan di luar negara.

“Mereka akan jual kepada pembeli dan pembeli akan jual semula kepada orang ketiga untuk dileburkan bagi mendapatkan emas putih yang ada dalam tabung ekzos berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.

See also  MOTORSIKAL Y15 DICURI DI TAMAN SAMUDERA

Beliau berkata, modus operandi kumpulan berkenaan menyasarkan kenderaan mempunyai kuasa besar seperti kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria yang diletakkan di luar kawasan berpagar kediaman dan luar premis.

Menurutnya, tabung ekzos yang dijual boleh mencecah ribuan ringgit mengikut jenis kenderaan dan polis sedang menyiasat dalang sindiket terbabit.

“Kita juga sedang menyiasat sama ada sindiket ini mempunyai kaitan dengan kes di Gombak atau sebaliknya,” katanya.

See also  ????????????Polis tahan 14 individu kes gaduh dua geng di Cheras

Beliau berkata, kesemua suspek direman sehingga esok dan kes disiasat Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tujuh ahli 'Geng Emas Putih' curi ekzos ditahan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133174
Users Today : 1569
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20486
Users Last 30 days : 69189
Users This Month : 26899
Users This Year : 133173
Total Users : 133174
Views Today : 2505
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31848
Views Last 30 days : 108190
Views This Month : 41824
Views This Year : 204214
Total views : 204215
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares