{Video} Budak tercampak dari kenderaan, jatuh jejambat

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun parah apabila tercampak keluar dari kenderaan dinaikinya sebelum terjatuh dari jejambat, dalam kemalangan di kilometer 0.4 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Jalan Tun Razak, Jumaat lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu bapanya terbabas sendiri.

See also  Meninggal dunia dalam kereta tunggu isteri temu duga

“Kenderaan itu terbabas akibat hujan lebat sebelum melanggar tembok kiri jejambat berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang juga penumpang belakang tercampak dari cermin sisi belakang kanan dan jatuh ke bawah dari jejambat berkenaan,” katanya

Zulkifly berkata, mangsa tercampak dari ketinggian antara 10 hingga 15 meter dan jatuh di kawasan parkir sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Pahang.

See also  [Terkini] Kenyataan Media Mengenai Pembentukan Kerajaan Negeri Perak.

“Mangsa mengalami kecederaan retak di paha kiri sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut.

“Siasatan kes sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 9:45 AM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

#HarianMetro

See also  Gerhana bulan ‘berdarah’ muncul di Malaysia
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Budak tercampak dari kenderaan, jatuh jejambat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155714
Users Today : 504
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24109
Users Last 30 days : 79538
Users This Month : 49439
Users This Year : 155713
Total Users : 155714
Views Today : 839
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36351
Views Last 30 days : 122393
Views This Month : 75670
Views This Year : 238060
Total views : 238061
Who's Online : 8
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares