{Video}Pemandu lori tampar juruwang diberkas

KLANG – Seorang pemandu lori ais ditahan kerana disyaki menampar seorang juruwang di sebuah pasar raya di Klang kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada jam 8.30 malam semalam.

“Suspek kemudian telah diberi jamin polis pada hari yang sama dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwaraya untuk tindakan lanjut,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

See also  Bomba berjaya padamkan kebakaran hutan 18 ekar Tanjung Bungah

Nurulhuda berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 kanun keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 11.30 malam, mangsa membuat laporan berhubung kejadian ditampar oleh seorang lelaki di pasar raya berkenaan.

See also  Kantoi beli akaun remaja, MCMC kena 'cyber bully' di Twitter sampai tutup akaun

“Kejadian itu berlaku disebabkan salah faham ketika isteri suspek membuat pembayaran di kaunter,” katanya.

Katanya, mangsa telah memasukkan barang ke dalam plastik dalam keadaan tergesa-gesa kerana premis akan ditutup pada masa itu.

“Isterinya telah menceritakan kejadian itu kepada suspek selepas keluar dari pasar raya berkenaan, suspek kemudian dalam keadaan marah telah menampar mangsa,” katanya.

Oleh: AHMAD ISMADI ISMAIL | | 2 Disember 2020
Video: Media sosial

See also  Suspek Jenayah di kehendaki Polis Pahang

#SinarHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video}Pemandu lori tampar juruwang diberkas " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149821
Users Today : 1428
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22323
Users Last 30 days : 79543
Users This Month : 43546
Users This Year : 149820
Total Users : 149821
Views Today : 1963
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33628
Views Last 30 days : 121788
Views This Month : 66379
Views This Year : 228769
Total views : 228770
Who's Online : 23
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares