Kanak-kanak dilapor hilang, rupanya bersama bapa kandung

Kanak-kanak dilapor hilang, rupanya bersama bapa kandung

02 Dec 2020

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


AHMAD ISMADI ISMAIL

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang semalam sebenarnya berada bersama bapa kandungnya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Muhammad Afif Faiq Mohd Izmeet Iskandar itu daripada bapa angkatnya berusia 57 tahun.

“Lelaki itu tinggal berdua bersama kanak-kanak tersebut di sebuah pangsapuri di Setapak Jaya di sini.

See also  7 kenderaan rosak dihempap plat perancah besi

“Dia menyedari kehilangan kanak-kanak itu setelah pulang dari kedai. Lelaki tersebut cuba mencari anak angkatnya di kawasan kediaman itu, namun gagal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rajab berkata, lelaki berkenaan telah hadir ke balai polis berhampiran untuk melaporkan kejadian tersebut.

“Tindakan hebahan melalui siaran media dan talian Nur Alert telah dibuat. Hasil siasatan lanjut, kita mendapati kanak-kanak tersebut dalam jagaan bapa kandungnya,” katanya.

Beliau berkata, terdapat sedikit salah faham antara bapa kandung dan bapa angkat kanak-kanak itu sehingga mengakibatkan terjadinya isu berkenaan.

See also  Hanya lalu, tak dibenar mendarat, berlegar di ruang udara Malaysia

“Hasil pemeriksaan awal, kanak kanak tersebut dalam keadaan sihat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. Kita sedang merakam keterangan kesemua pihak termasuk kanak-kanak tersebut,” katanya.

Rajab berkata, selesai proses dokumentasi, kanak-kanak itu diserahkan semula kepada bapa angkatnya untuk tindakan lanjut.

“Kita menyeru agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak betul.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak atas maklumat dan tindakan segera yang diterima daripada orang ramai sehingga selesainya kejadian ini,” katanya

See also  Kapal TLDM, KD Jebat Adakan Latihan Dengan Kapal HMS Queen Elizabeth, CSG21

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kanak-kanak dilapor hilang, rupanya bersama bapa kandung " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

140064
Users Today : 1240
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22193
Users Last 30 days : 74720
Users This Month : 33789
Users This Year : 140063
Total Users : 140064
Views Today : 1721
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34369
Views Last 30 days : 115536
Views This Month : 52111
Views This Year : 214501
Total views : 214502
Who's Online : 32
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares