Paramedik Sultan Johor berhenti iring, bantu mangsa kemalangan

Johor Bahru: Pasukan perubatan peribadi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, memberikan rawatan kecemasan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya berhampiran Jalan Pasir Pelangi di sini, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Ketika kejadian 7.30 pagi, anggota paramedik bersama juruteknik perubatan kecemasan itu dalam penugasan mengiringi baginda dan memberhentikan ambulans sebaik melihat kemalangan, untuk memberikan rawatan segera.

Menerusi hantaran terbaharu di Facebook Sultan Johor, baginda bertitah, sentiasa mengingatkan pasukan berkenaan supaya menghulurkan bantuan jika melihat mereka yang memerlukan.

See also  Bagi burung makan McDonald’s, dua beradik didenda £300

“Saya pesan kepada mereka, semasa bertugas mengiringi jika berlaku apa-apa kemalangan kepada orang awam, segera membantu dan juga berikan bantuan yang sewajarnya.

“Dalam keadaan sebegini, lupakan saya, segera bantu mereka yang memerlukan bantuan,” titah baginda.

Mangsa yang dipercayai mengalami kecederaan di kepala akibat kemalangan itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

See also  {VIDEO}✓ Bermula ejek mengejek mengejek Buruh dibelasah selepas bertengkar kerana bunyikan hon

Ambulans peribadi Sultan Johor dilengkapi dengan pelbagai aspek klinikal seperti mesin bantuan hayat, alat defibrilator luaran automatik (AED) dan mesin bantuan pernafasan automatik, selain peralatan untuk rawatan luka kebakaran dan asas kemalangan jalan raya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 11:00 AM

Oleh: Omar Ahmad
am@hmetro.com.my
Gambar: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

See also  Berbogel, Bakar Motosikal Setelah tidak berjaya  memasuki kawasan surau

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Paramedik Sultan Johor berhenti iring, bantu mangsa kemalangan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148526
Users Today : 133
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23832
Users Last 30 days : 79924
Users This Month : 42251
Users This Year : 148525
Total Users : 148526
Views Today : 170
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36456
Views Last 30 days : 122672
Views This Month : 64586
Views This Year : 226976
Total views : 226977
Who's Online : 18
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares