Terengganu banjir lagi

Kuala Terengganu: Dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu ditutup, negeri ini kembali dilanda banjir apabila membuka semula PPS bermula malam tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Sehingga 7 pagi tadi, sebanyak sembilan PPS dibuka di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Kemaman selepas penduduk di daerah berkenan terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan, sejak petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, seramai 439 mangsa daripada 124 keluarga mula dipindahkan secara berperingkat sejak malam tadi.

Katanya, daerah Marang merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 156 mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila.

See also  Oku lumpuh memerlukan kerusi roda

“Ia diikuti daerah Kuala Terengganu apabila tiga PPS iaitu SK Chendering, SK Ladang dan SK Pasir Panjang dibuka bagi menempatkan 114 mangsa daripada 36 keluarga.

“Di Kuala Nerus pula, seramai 22 keluarga membabitkan 96 mangsa ditempatkan di tiga PPS, manakala dua PPS dibuka di Kemaman bagi menempatkan 73 mangsa daripada 24 keluarga,” katanya.

Che Adam berkata, kenaikan paras air laut juga agak drastik terutama di Bandaraya Kuala Terengganu malam tadi susulan hujan lebat berterusan.

“Hasil maklumat daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), julat hujan yang turun malam tadi hampir enam hingga lapan jam di antara 170 ke 180 milimeter (mm) yang mana sangat banyak untuk tempoh berkenaan.

See also  Meninggal Dalam Kereta Semasa Tunggu Isteri Selesai Temuduga

“Kebiasaannya dalam tempoh sebulan, julat hujan yang turun antara 200 hingga 280 mm dan implikasi akibat hujan yang sangat banyak menyebabkan sebahagian besar Bandaraya Kuala Terengganu digenangi air,” katanya.

Tambahnya, pertembungan fenomena air pasang besar juga menyebabkan aliran air di sebahagian kawasan rendah di Bandaraya Kuala Terengganu tidak dapat turun ke laut dengan lancar.

“Waktu puncak air pasang berkenaan bermula antara 1 hingga 2 pagi dan aliran air kembali lancar selepas itu.

See also  Info COVID-19 Terengganu 23 Oktober 2020

“Difahamkan, sebahagian jalan yang ditutup di Bandaraya Kuala Terengganu malam tadi mula dibuka secara berperingkat bermula 3 pagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 8:57 AM

Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
Gambar: Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Terengganu banjir lagi " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156707
Users Today : 548
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23362
Users Last 30 days : 78793
Users This Month : 50432
Users This Year : 156706
Total Users : 156707
Views Today : 982
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35395
Views Last 30 days : 121332
Views This Month : 77533
Views This Year : 239923
Total views : 239924
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares