Denda RM3K aib pekerja kedai dengan kata kata rasis dan ludah

#Ipoh Seorang penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan mengaibkan seorang pekerja kedai runcit dengan cara mengeluarkan kata-kata kesat dan meludahnya lima hari lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus menjatuhkan hukuman itu ke atas M Gunalan, 47, dari Taman Rasi Jaya di sini, selepas dia mengaku bersalah berbuat demikian terhadap Nor Asni Zilzawani Mohd Zahid, 22, yang menegurnya kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

See also  Video®Samseng jalanraya pecah cermin kereta ditahan polis

Lelaki itu dituduh berbuat demikian dengan tujuan mengganggu kesantunan wanita itu di sebuah kedai runcit di Lahat Baru 2 di sini, pada 8.30 malam Isnin lalu dan pendakwaan dibuat menurut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut.

See also  Geng peragut barang kemas RM50,000 menyamar rider hantar makanan tumpas

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Mohammad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal kerana perbuatan tertuduh mengganggu sensitiviti antara kaum.

Semasa rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Robert S Gnanarajan memohon hukuman denda yang minimum dengan alasan tertuduh yang pernah menjual ikan di Cameron Highlands tidak lagi bekerja disebabkan Covid-19, selain tertuduh insaf atas perbuatan itu.
Sumber: Bernama

See also  ????️Video palsu Stadium Shah Alam dijadikan tempat pesakit COVID-19

Rujukan:

https://alhadi.my/2020/12/01/video-maki-hamun-rasis-wajib-dikenakan-tindakan-keras/

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Denda RM3K aib pekerja kedai dengan kata kata rasis dan ludah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149724
Users Today : 1331
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22226
Users Last 30 days : 79446
Users This Month : 43449
Users This Year : 149723
Total Users : 149724
Views Today : 1851
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33516
Views Last 30 days : 121676
Views This Month : 66267
Views This Year : 228657
Total views : 228658
Who's Online : 23
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares