Orang Ramai Kini Boleh Menyumbang Gambar Untuk Google Street View – Amanz

Google Street view mula memetakan jalan-jalan utama di seluruh dunia pada tahun 2007 dan di Malaysia pula sejak 2013. Selama ini imej diambil sendiri oleh Google menggunakan kereta, beca, motosikal, juruselam, kayak dan digendong oleh manusia.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Hari ini Google akhirnya membenarkan orang ramai untuk merakam imej Street View kepada semua yang ingin menyumbang.

Menurut Google, sesiapa sahaja yang mempunyai telefon boleh merakam gambar untuk jalan-jalan yang sebelum ini tidak ditawarkan di dalam Street View.

Gambar yang dirakam kemudian akan diproses menggunakan ARCore bagi mengubahnya menjadi imej yang boleh digunakan oleh Street View.

Setakat ini Street View telah memproses 170 bilion imej dan jalan sepanjang 10 bilion batu.

Pada waktu ini ciri merakam Street View masih di peringkat Beta dan dibuka kepada pengguna di Toronto, Canada, New York, NY, Austin, TX, Nigeria, Indonesia dan Costa Rica terlebih dahulu.

Juga ciri ini hanya boleh diakses melalui peranti Android yang menyokong ARCore sahaja.

See also  30 April 1993 Jaringan WWW awam pertama dilancarkan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Orang Ramai Kini Boleh Menyumbang Gambar Untuk Google Street View – Amanz " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Kehadiran pesawat pengintip Israel amaran buat Malaysia

Our Visitor

148852
Users Today : 459
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24158
Users Last 30 days : 80250
Users This Month : 42577
Users This Year : 148851
Total Users : 148852
Views Today : 636
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36922
Views Last 30 days : 123138
Views This Month : 65052
Views This Year : 227442
Total views : 227443
Who's Online : 23
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares