Saksi sempat menjerit beri amaran

Georgetown: “Saya menjerit bagi memberi amaran kepada pemandu dan pejalan kaki itu, tetapi sudah terlewat kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Begitu kata pengawal keselamatan, S Thinagaran, 36, yang menyaksikan kejadian seorang wanita Kim Hui Ping, 49, dirempuh sebuah kereta sebelum terjunam dari ketinggian enam meter di parkir Kondominium Greenlane Park, Solok Tembaga, Jelutong, di sini, hari ini.

Thinagaran berkata, wanita berusia 71 tahun yang memandu kereta Toyota Vios itu dilihat memandu perlahan di kawasan parkir terbabit.


Katanya, ketika mangsa melintas di hadapan keretanya, warga emas terbabit mungkin panik dan menekan pedal minyak sebelum merempuh mangsa dan tembok penghadang.

“Biasanya mangsa akan mencuci kakinya di paip berhampiran sebelum menaiki kenderaannya dan ketika itu, dia baru sahaja mencuci kaki sebelum dirempuh kereta itu.

“Saya juga terdengar mangsa menjerit sebelum diam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Dalam kejadian pada jam 11.54 pagi itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu warga emas yang tersepit mengalami kecederaan dan sakit di bahagian dada.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pemandu kereta terbabit secara tidak sengaja terlanggar mangsa yang melintas di hadapannya ketika melalui selekoh parkir berkenaan.

“Pemandu terbabit dipercayai tertekan pedal minyak sebelum melanggar mangsa lalu merempuh tembok penghadang parkir.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan terbabit terjunam dari ketinggian enam meter dan menghempap mangsa serta sebuah lagi kenderaan,” katanya lagi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 5:42 PM

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my

▶️HarianMetro
#kongsiinfo✍️

See also  Kereta Ditinggalkan Enjin Hidup Rempuh Pintu Bank
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Saksi sempat menjerit beri amaran " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Remaja OKU mangsa pukul trauma, sangka sudah mati

Our Visitor

149676
Users Today : 1283
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22178
Users Last 30 days : 79398
Users This Month : 43401
Users This Year : 149675
Total Users : 149676
Views Today : 1788
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33453
Views Last 30 days : 121613
Views This Month : 66204
Views This Year : 228594
Total views : 228595
Who's Online : 21
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares