Sindiket judi, forex beroperasi di kondominium mewah diserbu

Kuala Lumpur: Beroperasi di kawasan elit di tengah ibu kota sebagai pusat panggilan judi atas talian dan urus niaga penukaran mata wang asing atau forex bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Namun, hasil risikan polis akhirnya mengesan kegiatan haram berkenaan di sebuah kondominium di Jalan Bukit Ceylon Off Jalan Changkat Bukit Bintang, di sini, semalam.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam serbuan itu enam lelaki dan seorang wanita berusia 21 hingga 33 tahun ditahan polis ketika sedang leka menjalani latihan.

“Hasil siasatan dan pemeriksaan mendapati sindiket ini menjalankan latihan kepada warganegara China bagi aktiviti promosi perjudian saham bagi pasaran di China.

“Suspek juga mengakui membuat latihan pembelian menerusi aplikasi Wechat oleh pelanggan dari China seperti mana yang diarah majikannya.

“Sindiket ini juga menggajikan suspek RM2,500 sebulan dan mereka sudah menjalankan operasi sejak dua bulan lalu,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai peralatan kegiatan itu seperti komputer riba, telefon bimbit, peranti sambungan internet.

Katanya, warga China yang ditahan mengakui masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya.

See also  HEBAHAN: ORANG DIKEHENDAKI POLIS

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Sindiket judi, forex beroperasi di kondominium mewah diserbu " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Remaja diekori, dicabul pekerja cuci kereta

Our Visitor

139535
Users Today : 711
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21664
Users Last 30 days : 74191
Users This Month : 33260
Users This Year : 139534
Total Users : 139535
Views Today : 965
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33613
Views Last 30 days : 114780
Views This Month : 51355
Views This Year : 213745
Total views : 213746
Who's Online : 31
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares