Zoo Negara diminta laksana audit bebas

Shamsul Anuar berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa Zoo Negara menjana pendapatan termasuk sumbangan daripada pelbagai pihak sebanyak RM19.5 juta antara Januari sehingga September lalu.

Mengikut rekod, katanya setakat ini perbelanjaan hanya sebanyak RM9.4 juta dan sehubungan itu, beliau yakin Zoo Negara masih berupaya untuk meneruskan kelangsungan operasi sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan akan datang.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUALA LUMPUR: Badan pengurusan Zoo Negara, Malaysia Zoological Society (MZS) diminta melaksanakan audit bebas bagi meningkatkan ketelusan dan keyakinan semua pihak terhadap entiti itu.



Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata MZS juga perlu menguruskan sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak secara telus dan berhemah.

Di samping itu, beliau berkata MZS disaran menyediakan dana kontingensi untuk tempoh enam bulan bertujuan memastikan kelangsungan operasinya.

“Pelan perniagaan yang berdaya maju wajar dibangunkan dan dilaksanakan dengan mempelbagaikan produk inovatif dan pemasaran produk serta perkhidmatan secara dalam talian.

“Program-program yang sedang dilaksanakan oleh Zoo Negara seperti ‘adopt an animal’ (haiwan angkat) boleh diteruskan bagi mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menampung keperluan kewangan yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perkara itu antara yang dibincangkan beliau dalam pertemuan dengan Presiden MZS, Datuk Zaharin Md Ariff dan turut dihadiri Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju serta Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Zurinah Pawanteh hari ini.

Shamsul Anuar berkata beberapa perkara dibincangkan khususnya mengenai mekanisme pengukuhan operasi Zoo Negara terutama aspek tadbir urus supaya Zoo Negara lebih berdaya maju pada masa hadapan dan dalam masa yang sama memastikan kebajikan hidupan liar sentiasa terpelihara.

“MZS menyambut baik saranan kementerian dan berjanji untuk mengambil tindakan segera bagi mengukuhkan operasi kewangan Zoo Negara supaya lebih berdaya maju dan mengutamakan kebajikan hidupan liar,” katanya.

Difahamkan pertemuan berlangsung kira-kira jam 5 petang di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), di sini.

Shamsul Anuar berkata beliau juga menzahirkan komitmen kementerian untuk menambah baik pengurusan Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) di Semenanjung.

Beliau berkata, ia membabitkan kajian semula peraturan yang berkaitan pengendalian ZPT mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 (Akta 716).

“Ini bagi memastikan ZPT adalah berdaya maju dari segi kewangan (kewangan mapan) dan kebajikan hidupan liar terpelihara.

“Sungguhpun Zoo Negara dimiliki oleh NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan beroperasi sebagai entiti perniagaan, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk memperkasa Zoo Negara.

“Antaranya seperti melaksanakan projek menaik taraf Zoo Negara sejak Rancangan Malaysia Ketujuh, pembangunan Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) bagi meningkatkan kehadiran pengunjung di Zoo Negara serta membantu menyediakan Model Perniagaan Zoo Bertaraf Dunia,” katanya.

Shamsul Anuar berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa Zoo Negara menjana pendapatan termasuk sumbangan daripada pelbagai pihak sebanyak RM19.5 juta antara Januari sehingga September lalu.

Mengikut rekod, katanya setakat ini perbelanjaan hanya sebanyak RM9.4 juta dan sehubungan itu, beliau yakin Zoo Negara masih berupaya untuk meneruskan kelangsungan operasi sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan akan datang.

See also  {video} Cemas dikejar anak gajah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Zoo Negara diminta laksana audit bebas " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Penebangan hutan, saluran paip punca banjir kilat di Zoo Negara?

Our Visitor

124484
Users Today : 3907
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22156
Users Last 30 days : 69829
Users This Month : 18209
Users This Year : 124483
Total Users : 124484
Views Today : 5900
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33679
Views Last 30 days : 108383
Views This Month : 27792
Views This Year : 190182
Total views : 190183
Who's Online : 17
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares