Kanak-Kanak bayar piza dengan syiling tular di media sosial

Kanak-Kanak bayar piza dengan syiling tular di media sosial

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Paparan perbualan di WhatsApp Faiz bersama kanak-kanak tersebut.

PETALING JAYA 4-12-2020 Kisah seorang kanak-kanak yang memesan makanan secara online dan membayarnya dengan menggunakan wang syiling mendapat perhatian nitezen di laman sosial Twitter hari ini.

Kejadian tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman Twitter, @idealuzair yang menceritakan kembali kisah lucu dialami rakannya Faiz Rosman yang bekerja sebagai penghantar makanan menerima satu pesanan daripada seorang kanak-kanak.

See also  Kanak-kanak maut dibaham buaya ketika mandi

Menerusi posting tersebut, lelaki itu berkongsi paparan skrin perbualan WhatsApp bersama rakannya yang bercerita mengenai detik-detik ketika menghantar piza ke rumah kanak-kanak berkenaan.

Setelah sampai di lokasi penghantaran, Faiz berkata dia menerima sejumlah duit syiling dalam satu beg plastik sebagai pembayaran dan terus beredar tanpa sempat untuk mengira kerana dalam keadaan tergesa-gesa.

“Selepas menukar duit syiling berkenaan di sebuah pam petrol, dia menyedari bahawa kanak-kanak itu hanya membayar RM18 dimana jumlah sebenar adalah RM28.50.

See also  Kehebatan bapa demi kelangsungan keluarga

“Sengaja mahu mengusik, Faiz bertanya semula kepada kanak-kanak itu melalui WhatsApp dengan memberitahu bahawa jumlah pembayaran sebelum ini tidak mencukupi selain bergurau ingin membuat laporan polis dan meminta nombor telefon bapa kanak-kanak tersebut,” jelas ciapan tersebut.

Risau dengan keadaan itu, kanak-kanak tersebut meminta penghantar makanan berkenaan datang kembali ke rumahnya dan berjanji akan membayar semua baki sebanyak RM15 lagi.

Bagaimanapun, Faiz menghalalkan baki tersebut dan menyifatkan itu adalah rezeki kanak-kanak berkenaan yang telah lama teringin untuk menikmati piza. – K! ONLINE

See also  Video Kebakaran Besar Flat Seri Johor Blok 31
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kanak-Kanak bayar piza dengan syiling tular di media sosial " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

140026
Users Today : 1202
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22155
Users Last 30 days : 74682
Users This Month : 33751
Users This Year : 140025
Total Users : 140026
Views Today : 1675
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34323
Views Last 30 days : 115490
Views This Month : 52065
Views This Year : 214455
Total views : 214456
Who's Online : 34
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares