PKPB disambung?

PUTRAJAYA: 4-12-2020 Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu).

Pengumuman itu bakal dibuat Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar berhubung pelaksanaan PKPB yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Namun, atas beberapa kekangan, ia terpaksa ditangguhkan esok.

See also  Ketukan misteri terhenti selepas penduduk buat rondaan malam

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian risiko tahap kebolehjangkitan Covid-19 di negeri-negeri atau kawasan terlibat yang berakhir pada Ahad.

“Beberapa hari sebelum tamat tempoh PKPB, Kementerian Kesihatan akan menasihatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pelaksanaan PKPB, sama ada akan ditamatkan atau disambung lagi,” katanya dalam sidang akhbar pada Isnin lalu.

See also  Gempar Babi masuk dalam Alamanda Putrajaya

PKPB sebelum ini diumumkan di seluruh negara kecuali Pahang, Perlis dan Sarawak yang bermula 9 November lalu.

Bagaimanapun PKPB di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu ditamatkan lebih awal iaitu pada 21 November lalu, namun, beberapa daerah seperti Kulim di Kedah, Kota Tinggi dan Mersing, Johor masih dikenakan PKPB. –

See also  BUDAK TIK TOK LEMPAR KUCING DITAHAN POLIS

UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " PKPB disambung? " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139371
Users Today : 547
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21500
Users Last 30 days : 74027
Users This Month : 33096
Users This Year : 139370
Total Users : 139371
Views Today : 733
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33381
Views Last 30 days : 114548
Views This Month : 51123
Views This Year : 213513
Total views : 213514
Who's Online : 35
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares