Polis siasat pergaduhan di Seremban 2

Seremban: Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung pergaduhan sekumpulan lelaki dipercayai berlaku di Uptown Avenue Seremban 2, di sini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seremban sudah menerima satu laporan berkaitan kejadian berkenaan, 9.45 pagi tadi.

“Bilik Gerakan IPD Seremban menyatakan telah menerima laporan berkaitan satu video tular membabitkan sekumpulan lelaki sedang memukul seorang individu yang tidak dikenal pasti termasuk tarikh dan masa kejadian.

See also  Video✓✓Pemandu lori dikesan memandu positif dadah, rupanya

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di Uptown Avenue Seremban 2 dan video berdurasi satu minit dua saat itu menunjukkan pergaduhan di antara dua kumpulan.

“Kejadian disyaki berlaku pada 4 Disember lebih kurang 1 pagi berpunca daripada kemalangan jalan raya yang berlaku di kawasan Mambau,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Said berkata, bagaimanapun daripada maklumat dan hasil risikan diperolehi, mangsa adalah dua lelaki Cina di mana seorang daripadanya retak di kepala dan seorang lagi hanya cedera ringan.

See also  ????️????️Bomba selamatkan remaja tertusuk hendel motosikal di peha

Beliau berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima dari kedua-dua pihak berkenaan.

“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 12:50 PM

Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my
Video: Media sosial

See also  Remaja parah dihempap dinding

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis siasat pergaduhan di Seremban 2 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156088
Users Today : 878
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24483
Users Last 30 days : 79912
Users This Month : 49813
Users This Year : 156087
Total Users : 156088
Views Today : 1609
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37121
Views Last 30 days : 123163
Views This Month : 76440
Views This Year : 238830
Total views : 238831
Who's Online : 2
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares