{Video} 42 ditahan bergaduh di hadapan Plaza Low Yat

Seramai 40 individu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang, petang tadi.

KUALA LUMPUR: Seramai 42 individu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang, petang tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan pelanggan di premis menjual komputer dan komputer riba.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pergaduhan berkenaan pada jam 7 malam tadi.

See also  Polis sedang kenal pasti suspek, mangsa pergaduhan¬†

“Sebaik menerima maklumat sepasukan polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Unit Kereta Peronda (URB) dan Ketua Polis Balai Tun H S Lee, bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil tindakan awal kita sebaik tiba di lokasi kejadian, seramai 42 orang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, untuk tindakan lanjut,” katanya kepada BH hari ini.

Beliau berkata tindakan itu adalah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini lebih buruk berlaku.

See also  Rakaman gaduh: polis kesan enam lelaki

“Kita menahan semua suspek berusia antara 20 hingga 35 tahun untuk siasatan lanjut bagi menjalankan siasatan mengenalpasti motif sebenar mereka berbalah,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kejadian pergaduhan itu tidak membabitkan sebarang unsur perkauman.

Semua suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, atas kesalahan melakukan rusuhan.

Terdahulu tular dua video yang menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan Plaza Low Yat, di sini, petang tadi.

See also  Angkara hutang seorang lelaki maut ditikam

Oleh Safeek Affendy Razali
bhnews@bh.com.my
December 4, 2020 @ 10:51pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} 42 ditahan bergaduh di hadapan Plaza Low Yat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124396
Users Today : 3819
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22068
Users Last 30 days : 69741
Users This Month : 18121
Users This Year : 124395
Total Users : 124396
Views Today : 5744
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33523
Views Last 30 days : 108227
Views This Month : 27636
Views This Year : 190026
Total views : 190027
Who's Online : 9
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares