Kepala kanak-kanak positif Covid-19 tersepit katil wad

Tumpat: Kepala kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga pesakit Covid-19 tersepit besi katil di wad Hospital Tumpat di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada 10.20 malam itu, mangsa dikatakan sedang bermain seorang diri di katilnya.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu memasukkan kepalanya di celah besi itu dengan kakinya terjulur ke bawah sebelum gagal mengeluarkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.27 malam dan lapan anggota bergegas ke lokasi.

See also  KEMALANGAN MAUT JALAN RAYA DI JALAN LIPIS JERANTUT (2:11 petang)

“Ketika tiba anggota kami mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan tersepit namun dia tidak menangis atau merengek.

“Operasi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memotong besi katil dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Baijuri berkata, kerja menyelamat itu dipantau oleh pegawai perubatan serta jururawat hospital berkenaan dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

See also  AH LONG SIMBAH CAT, UGUT BAKAR RESTORAN

Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil sedikit masa sebelum dapat menjalankan operasi menyelamat kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan mangsa adalah pesakit Covid-19.

“Anggota yang terbabit perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan membuat sanitasi selepas operasi.

“Selain sanitasi diri, jentera serta dua kenderaan utiliti yang digunakan turut perlu disanitasi bagi mengelakkan penularan wabak itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2020 @ 1:09 PM

See also  Video maki hamun pak guard sebab tak tolong jaga anak

Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
Gambar: Bomba

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kepala kanak-kanak positif Covid-19 tersepit katil wad " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156029
Users Today : 819
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24424
Users Last 30 days : 79853
Users This Month : 49754
Users This Year : 156028
Total Users : 156029
Views Today : 1389
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36901
Views Last 30 days : 122943
Views This Month : 76220
Views This Year : 238610
Total views : 238611
Who's Online : 7
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares