Rentas negeri, daerah dibenarkan kecuali kawasan PKPD

Kuala Lumpur: Rentas negeri dan daerah dibenarkan seluruh negara kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 Disember.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas semalam bersetuju sekatan rentas daerah dan negeri di seluruh negara adalah dibenarkan kecuali bagi kawasan PKPD.

“Kebenaran ini akan bermula 7 Disember 2020. Sidang Khas juga bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing,” katanya.

See also  Bomba Berjaya Selamatkan Remaja perempuan kemurungan cuba terjun dari sebuah kondominium.

Beliau berkata, bagaimanapun, beliau amat berharap agar setiap dari individu menjaga keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

“Vaksin terbaik masa kini bagi menangani Covid-19 adalah diri kita sendiri dengan mengikut norma baharu kehidupan. Tanpa perubahan sikap masyarakat dan pematuhan SOP, kita tidak akan berjaya,” katanya.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah dilanjutkan bermula 7 sehingga 20 Disember.

Menurutnya, berkata, PKPB di Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Putrajaya, Labuan, Negeri Sembilan pula ditamatkan bermula esok.

See also  Menakjubkan kebaikan cili untuk badan kita

“Lanjutan dan penamatan PKPB itu berdasarkan penilaian risiko dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menurutnya, di Selangor hanya tiga daerah ditamatkan PKPB iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor berdasarkan penilaian risiko dilakukan KKM.

Selain itu, di Negeri Sembilan hanya dua daerah dikenakan PKPB iaitu Seremban dan Port Dickson.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 5:22 PM

See also  Peraturan PKPB mungkin diperketat dalam masa terdekat

Suraya Roslan
am@hmetro.com.my

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Rentas negeri, daerah dibenarkan kecuali kawasan PKPD " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146019
Users Today : 2468
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21325
Users Last 30 days : 77417
Users This Month : 39744
Users This Year : 146018
Total Users : 146019
Views Today : 3389
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32446
Views Last 30 days : 118662
Views This Month : 60576
Views This Year : 222966
Total views : 222967
Who's Online : 55
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares