Budak mengamuk ditahan polis tunggang motosikal tanpa topi keledar

#INDONESIA????????

Budak mengamuk ditahan polis tunggang motosikal tanpa topi keledar

JAKARTA – Seorang budak lelaki mengamuk selepas ditahan polis ketika menunggang motosikal bersama rakannya tanpa memakai topi keledar di Kabupaten Tapin, Kalimantan Selatan, Indonesia semalam, lapor laman berita Suara.com.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosial Instagram menunjukkan dua budak lelaki itu ditahan polis semasa menunggang sebuah motosikal tanpa memakai topi keledar.

Sebaik sahaja motosikal yang ditunggang mereka diarah berhenti, seorang daripada mereka menjerit ke arah anggota polis berkenaan.

See also  Tahniah PDRM 17 ahli sindiket Macau Scam diberkas

Disebabkan tidak berpuas hati kerana ditahan, budak lelaki yang memakai baju-T berwarna coklat itu menolak motosikalnya hingga terbalik dan memijak-mijak kenderaan tersebut.

Anggota polis tersebut kemudian menolak motosikal tersebut ke sebuah tempat letak kenderaan dan kelihatan budak lelaki yang tidak diketahui identitinya itu merayu kepada penguat kuasa terbabit agar tidak menyamannya.

Rakaman tersebut turut kedengaran suara beberapa individu ketawa melihat gelagat budak lelaki tersebut.

See also  Rakaman Cemas kapal pengangkut pekerja dihanyut ombak

Sejak dimuat naik, video berkenaan mendapat hampir 100,000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Seorang netizen mempersoalkan tindakan segelintir ibu bapa membenarkan kanak-kanak bawah umur menunggang motosikal.

“Saya berasa pelik dengan ibu bapa yang membenarkan anak-anak bawah umur menunggang motosikal,” katanya.

“Awak yang salah, awak pula yang marah polis itu,” tulis seorang lagi pengguna. – Agensi

See also  {video} Cemas dikejar anak gajah

Oleh #KOSMO!
6 Disember 2020, 7:59 pm

Video: Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Budak mengamuk ditahan polis tunggang motosikal tanpa topi keledar " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

145856
Users Today : 2305
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21162
Users Last 30 days : 77254
Users This Month : 39581
Users This Year : 145855
Total Users : 145856
Views Today : 3176
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32233
Views Last 30 days : 118449
Views This Month : 60363
Views This Year : 222753
Total views : 222754
Who's Online : 44
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares