Kemurungan kemungkinan punca tindakan bunuh diri di Kampar

Polis menemui satu tong minyak petrol di belakang almari pakaian dan kesan renjisan minyak petrol di dinding bilik.

Identiti tiga maut dalam kebakaran dikenal pasti.

Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR
6 Disember 2020, 6:09 pm

KAMPAR – Identiti tiga individu termasuk dua kanak-kanak yang maut dalam kejadian kebakaran rumah kedai di Jalan Kampar Barat 3, Taman Kampar Putra di sini pagi tadi, telah dikenal pasti pihak polis sebagai tiga beranak.

See also  Bomba Berjaya Selamatkan Remaja perempuan kemurungan cuba terjun dari sebuah kondominium.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa merupakan seorang wanita, R. Kartiga, 35, manakala dua kanak-kanak tersebut merupakan anak lelaki dan perempuannya, S. Shaarhveesh, 12, dan S. Harrshikka, 6.

“Kejadian disedari orang awam yang melihat asap keluar dari bilik sewa tersebut sebelum dia menghubungi pihak bomba dan polis.

“Selepas pintu bilik berjaya dipecahkan dan kebakaran dipadamkan pihak bomba, ketiga-tiga mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas katil dipercayai telah mati akibat kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

See also  ????️Tegur supaya supaya perlahan kan suara berakhir dengan tindakbalas pukul memukul

Tambah Hasron Nazri, polis menemui satu tong minyak petrol di belakang almari pakaian dan kesan renjisan minyak petrol di dinding bilik.

“Rakan baik mangsa ada memaklumkan bahawa mangsa sering menceritakan masalah keluarga dan perkahwinannya selain dia juga berada dalam kemurungan sejak dua minggu lalu.

“Siasatan mendapati motif kejadian adalah bunuh diri disebabkan masalah peribadi dan keluarga yang dihadapi mangsa. Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.-K! ONLINE

See also  Terlepas tangan bapa, kanak-kanak lari ke tengah jalan maut dilanggar kereta
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kemurungan kemungkinan punca tindakan bunuh diri di Kampar " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

145987
Users Today : 2436
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21293
Users Last 30 days : 77385
Users This Month : 39712
Users This Year : 145986
Total Users : 145987
Views Today : 3346
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32403
Views Last 30 days : 118619
Views This Month : 60533
Views This Year : 222923
Total views : 222924
Who's Online : 53
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares