Tiga dalang rompakan di laut ditahan

Ketiga-tiga suspek berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di dua rumah tidak bernombor di kawasan pondohon (penempatan atas air) di Pulau Nusa Tengah dan Pulau Omadal oleh pasukan khas ESSCOM.

Semporna: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) menahan tiga lelaki warga asing disyaki menjadi dalang utama dalam beberapa siri rompakan di laut di daerah Tawau dan Kunak, baru-baru ini.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di dua rumah tidak bernombor di kawasan pondohon (penempatan atas air) di Pulau Nusa Tengah dan Pulau Omadal oleh pasukan khas ESSCOM.

See also  COVID19Malaysia 13 Okt 2020 350 Sembuh Mati 4 Positif 660

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, susulan tangkapan itu pihaknya percaya dapat menyelesaikan empat kes rompakan dan samun bersenjata iaitu tiga kes di perairan Inderasabah, Tawau dan satu kes di perairan Kunak.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama pada 9.30 malam Jumaat lalu, pasukan keselamatan menahan dua suspek dan turut menemukan sepucuk pistol jenis Colt .45; kelopak berisi enam butir peluru .45; serta 19 lagi butir peluru jenis sama yang disimpan di dalam beg silang di atas lantai rumah terbabit.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Turut dirampas sebuah perahu dan sebuah enjin sangkut 30hp (kuasa kuda) yang disyaki enjin curi, sebilah parang dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM12,700.

See also  ????️Tegur supaya supaya perlahan kan suara berakhir dengan tindakbalas pukul memukul

“Suspek ketiga pula berjaya ditahan dalam serbuan di Pulau Omadal pada 7 pagi semalam.

“Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) samun berkawan bersenjata,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beberapa kejadian samun dan rompakan di laut dilaporkan di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) termasuk di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna sejak kebelakangan ini.

Terbaru nelayan diacu pistol sebelum dirompak dua lelaki tidak dikenali ketika menangkap ikan di atas Bagang (pelantar sangkar ikan) di Tanjung Kiras, Inderasabah, Tawau dekat sini, pada 5 petang Jumaat lalu.

See also  CCTV ✓✓ Empat lelaki bersenjata kapak, tukul samun kedai emas

ESSCOM pada awal November lalu menubuhan pasukan khas bagi menangani sebarang aktiviti mengancam keselamatan komuniti maritim termasuk membanteras kes samun dan rompakan di laut khasnya di ESSZONE.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2020 @ 2:55 PM

Abdul Rahemang Taiming
am@hmetro.com.my
Gambar: ESSCOM

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiga dalang rompakan di laut ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156722
Users Today : 563
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23377
Users Last 30 days : 78808
Users This Month : 50447
Users This Year : 156721
Total Users : 156722
Views Today : 1011
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35424
Views Last 30 days : 121361
Views This Month : 77562
Views This Year : 239952
Total views : 239953
Who's Online : 7
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares