Guru agama cedera dalam cubaan ragut

Guru agama cedera dalam cubaan ragut.

Kejadian ragut semakin berleluasa kemungkinan kerana tekanan ekonomi semasa pandemik Covid19

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Sabak Bernam: Perjalanan seorang guru agama wanita ke rumah anak muridnya untuk pembelajaran agama bertukar tragedi apabila dia cedera dalam cubaan ragut oleh dua lelaki di tepi jalan besar Sungai Tengar, Sungai Air Tawar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian 4.30 petang itu mengakibatkan mangsa berusia 23 tahun luka di lutut, peha dan bibir.

See also  Disaman RM1 juta, 20 peguam bersedia tawar khidmat kepada pelajar perempuan

Beliau berkata, mangsa menunggang motosikal dari Sungai Air Tawar ke Pekan Parit Baru melalui jalan besar Sungai Tengar, Sungai Air Tawar.

“Ketika melalui lokasi, datang sebuah motosikal ditunggang dua lelaki yang cuba mengambil beg tangan mangsa di dalam raga motosikal.

“Suspek tidak berjaya mengambil beg tangan itu berikutan mangsa menolak tangan suspek. Mangsa kemudian terjatuh di tepi jalan dan mengalami luka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

See also  CCTV✓✓Wanita diragut ketika hendak ke hospital

Agus Salim berkata, tiada kerugian dialami mangsa memandangkan beg tangan miliknya tidak sempat diambil suspek.

Menurutnya, siasatan di lokasi mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi yang melihat kejadian kerana ia berlaku di tepi jalan yang bersemak-samun.

“Mangsa tidak dapat mengecam suspek yang memakai helmet bertutup ‘bervisor’ selain tidak mengingat jenis dan nombor pendaftaran motosikal digunakan suspek.

“Siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya.

See also  "TALI" MUNCUL SEMULA 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2020 @ 9:45 AM

Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my
Gambar: Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Guru agama cedera dalam cubaan ragut " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133167
Users Today : 1562
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20479
Users Last 30 days : 69182
Users This Month : 26892
Users This Year : 133166
Total Users : 133167
Views Today : 2491
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31834
Views Last 30 days : 108176
Views This Month : 41810
Views This Year : 204200
Total views : 204201
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares