Jangkaan kes meningkat tempoh 4 minggu tersekat

Jumlah kes positif dijangkakan akan kekal tinggi susulan perluasan saringan atas pekerja warga asing yang juga dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah dan Labuan.

Jangkaan kes meningkat tempoh 4 minggu????????????

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dr. Noor Hisham Abdullah

9 Disember 2020,

PUTRAJAYA: Jumlah positif Covid-19 dijangka meningkat dalam tempoh empat minggu ini.

Susulan itu, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (PKRC MAEPS) 2.0 perlu diaktifkan semula ekoran peningkatan kes positif ketara berikutan perluasan saringan ke atas pekerja khususnya warga asing di kilang dan juga tapak binaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kes positif itu adalah daripada kategori 1 (iaitu individu yang tidak bergejala) dan kategori 2 (iaitu pesakit yang bergejala ringan) di mana mereka dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah serta hospital.

See also  8 khasiat menakjubkan sayur Kale

“Selain itu, jumlah kes positif dijangkakan akan kekal tinggi susulan perluasan saringan atas pekerja warga asing yang juga dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah dan Labuan.

“Atas jangkaan terbabit, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mengaktifkan semula PKRC MAEPS 2.0 sebagai langkah kesiapsagaan bagi menghadapi isu peningkatan kes susulan perluasan saringan dalam kalangan pekerja warga asing dan juga peningkatan kes di Lembah Klang,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

See also  Banduan saringan Covid19 lolos berjaya ditahan

Mengulas lanjut mengenai PKRC MAEPS 2.0, Noor Hisham berkata, ia akan dibuka secara berfasa dengan kapasiti maksima sebanyak 1,000 buah katil.

Katanya, fasa pertama bermula hari ini, dengan kapasiti sebanyak 650 buah katil yang kemudian akan ditambah secara berperingkat.

“Ia akan menempatkan pesakit bukan warganegara yang sebelum ini diasingkan di Institut Latihan KKM (ILKKM) Sungai Buloh iaitu seramai 250 orang.

“Malah, kita jangkaan bilangan pesakit akan meningkat minggu ini di mana dijangkakan seramai 400 orang pesakit baharu kategori 1 akan ditempatkan di fasiliti terbabit,”

Tambahnya, pentadbiran PKRC MAEPS 2.0 ini akan diletakkan di bawah kawalan Ketua Komander Wilayah Tengah iaitu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

See also  Berjudi di Maeps: Polis buka kertas inkuiri

“Ia merupakan satu kolaborasi di antara Kementerian Kesihatan dengan pelbagai agensi Kerajaan yang lain termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MAEPS sendiri,” katanya. -UTUSAN ONLINE

#Updateinfo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jangkaan kes meningkat tempoh 4 minggu tersekat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

140017
Users Today : 1193
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22146
Users Last 30 days : 74673
Users This Month : 33742
Users This Year : 140016
Total Users : 140017
Views Today : 1665
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34313
Views Last 30 days : 115480
Views This Month : 52055
Views This Year : 214445
Total views : 214446
Who's Online : 33
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares