Pemandu pelancong warga Malaysia ditahan di Bangkok

Pemandu pelancong warga Malaysia ditahan di Bangkok
Bernama 9/12/2020

Polis Thailand menahan lima suspek termasuk seorang rakyat Malaysia kerana disyaki terlibat menculik seorang ahli perniagaan dari China di Bangkok.

Lelaki berusia 49 tahun itu yang merupakan seorang pemandu pelancong, dan empat lelaki rakyat Thailand ditahan di sebuah pusat peranginan dalam wilayah Suphan Buri, kira-kira 100 kilometer dari Bangkok pada Selasa.

Ketua Biro Polis Metropolitan Left Jen Pakapong Pongpetra berkata ahli perniagaan berusia 43 tahun itu diculik di Sukhumvit Soi 39 di Bangkok pada kira-kira 4.30 petang (waktu tempatan) pada Sabtu.

See also  Tidak puas hati pembahagian harta pusaka, Anak bunuh & kerat ibu sendiri.

Berdasarkan siasatan awal, dia berkata rakyat Malaysia terbabit menghubungi rakan mangsa dan menuntut 3 juta yuan (RM1.86 juta) sebagai tebusan.

“Siasatan dijalankan selepas rakan mangsa memaklumkan insiden penculikan itu kepada Subbahagian Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak.

See also  Video ✓✓Cubaan mencuri motor ketika hujan berjaya digagalkan dengan satu jeritan

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup polis berjaya mengesan kesemua suspek di sebuah pusat peranginan dalam wilayah Suphan Buri pada Selasa.

“Polis berjaya membebaskan ahli perniagaan itu dan memberkas kelima-lima suspek,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Pakapong berkata siasatan awal menunjukkan terdapat pertikaian perniagaan di antara mangsa dan seorang daripada suspek yang mungkin membawa kepada penculikan itu.

Katanya sekurang-kurangnya tujuh suspek terlibat dan dua daripada mereka yang dipercayai rakyat Myanmar masih bebas.

See also  BERITA JENAYAH HIDUPAN LIAR 28-10-2020 7 Warga asing dicekup

– Bernama

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemandu pelancong warga Malaysia ditahan di Bangkok " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156766
Users Today : 607
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23421
Users Last 30 days : 78852
Users This Month : 50491
Users This Year : 156765
Total Users : 156766
Views Today : 1120
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35533
Views Last 30 days : 121470
Views This Month : 77671
Views This Year : 240061
Total views : 240062
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares