Toyol jahat, 3 kali pecah tabung masjid

Toyol jahat, 3 kali pecah tabung masjid

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

December 9, 2020

Sekinchan: “Dalam tempoh enam hari sahaja, tiga kali masjid ini dipecah masuk pencuri. Namun hanya sekali duit tabung masjid dan anak-anak yatim dilarikan,” ujar Nazir Masjid At-Taufiqiah, Parit 4 di sini, Arshad Ramli berhubung kes curi di masjid berkenaan yang tular di laman sosial sejak semalam.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku pada 2 Disember lalu apabila pihaknya menyedari cermin pintu gelongsor bahagian belakang masjid berkenaan pecah dan dua tabung iaitu tabung anak-anak yatim serta tabung masjid dikopak.

“Dua tabung itu berjaya dikopak oleh individu tidak bertanggungjawab namun duit di dalamnya gagal diambil susulan tabung itu mempunyai dua mangga iaitu di bahagian luar dan dalam.

See also  Kerajaan negeri teruskan operasi banteras tanah haram

“Keesokan harinya (3 Disember), masjid ini sekali lagi dipecah masuk. Kali ini, individu itu berjaya mengopak tabung masjid dan melarikan wang berjumlah RM 150,” katanya tadi.

Arshad berkata, kejadian sama kembali berulang pada 7 Disember lalu apabila tabung utama masjid itu menjadi sasaran dan pemutar nombor rahsia dipecahkan, namun tidak dapat dibuka.

“Kalau sebelum ini penjenayah masuk melalui pintu gelongsor di bahagian belakang masjid namun kali ia dia masuk melalui jeriji pintu masuk utama ruang solat,” katanya.

See also  Video@Tunggu kawan merompak hingga terlena dalam kereta

Beliau berkata, pihaknya sudah membuat tiga laporan polis susulan kejadian itu dan mengambil tindakan menggantikan pintu gelongsor dengan membina dinding serta memasang jeriji besi di kawasan berisiko.

“Kami sudah membelanjakan sebanyak RM 1,500 bagi pembinaan dinding bagi menggantikan pintu gelongsor dan RM 1,100 untuk jeriji besi baharu.

“Harap kejadian seperti ini tidak berulang kembali, lebih-lebih lagi ia berlaku di dalam rumah Allah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

See also  CCTV Rakam 2 lelaki cuba ragut ditahan, 2 lagi diburu

“Kita mengesyaki ia dilakukan penagih dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya ketika dihubungi, semalam. HM

#Updateinfo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Toyol jahat, 3 kali pecah tabung masjid " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156035
Users Today : 825
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24430
Users Last 30 days : 79859
Users This Month : 49760
Users This Year : 156034
Total Users : 156035
Views Today : 1409
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36921
Views Last 30 days : 122963
Views This Month : 76240
Views This Year : 238630
Total views : 238631
Who's Online : 0
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares