2,234 kes Covid-19 baharu, tertinggi pernah direkodkan

Kuala Lumpur: 10/12/2020 Kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara hari ini mencatatkan angka tertinggi apabila merekodkan 2,234 kes baharu, selain tiga kematian.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia ketika ini meningkat kepada 78,499 kes dengan kebolehjangkitan pula 11,867 kes.


Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 1,112 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 66,236 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 2,229 kes.

“Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu 1,428 kes diikuti Sabah (274 kes) dan Kuala Lumpur (136 kes).

“Manakala Perak (115 kes), Johor (100 kes), Negeri Sembilan (67 kes), Pahang (45 kes), Pulau Pinang (42 kes) dan Kedah (14 kes) dicatatkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 396 kes.

See also  Pembahagian tahap Covid-19 berdasarkan kaedah KKM
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 2,234 kes Covid-19 baharu, tertinggi pernah direkodkan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Jangan bawa Covid-19 balik kampung

Our Visitor

156715
Users Today : 556
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23370
Users Last 30 days : 78801
Users This Month : 50440
Users This Year : 156714
Total Users : 156715
Views Today : 998
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35411
Views Last 30 days : 121348
Views This Month : 77549
Views This Year : 239939
Total views : 239940
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares