#????????????????????
Atuk rupanya pandu kereta lawan arus
Johor Bahru: Lelaki warga emas berusia 89 tahun dikenal pasti sebagai pemandu kereta yang dilaporkan melawan arus di kilometer 7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kejadian itu menjadi tular di media sosial memaparkan kereta jenis Honda Civic berwarna perak memandu secara melawan arus dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
“Hasil siasatan awal mendapati pemandu merupakan seorang lelaki warga emas berusia 89 tahun.
“Pemandu sudah hadir memberi keterangan di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) dan kenderaan yang terbabit dalam kejadian disita untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 memandu secara melulu dan membahayakan.
Dalam video itu turut kedengaran kenderaan berat membunyikan hon panjang dipercayai menyedarkan pemandu terbabit yang melawan arus lebih satu kilometer.
???????????????????????? ????????????????????
Artikel ini disiarkan pada:
Khamis, 10 Disember 2020 @ 8:13 PM
Video: Media sosial
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Atuk rupanya pandu kereta lawan arus " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.