Kanak-kanak maut dibaham buaya ketika mandi

Lahad Datu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun maut selepas dibaham buaya dalam kejadian di sungai Kampung Sabah Baru, di sini, hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan bersama seorang lagi rakan sebayanya mandi di sungai berkenaan sebelum diserang buaya.Rakan mangsa yang terkejut terus bergegas pulang ke rumah untuk memaklumkan kejadian itu kepada bapa mangsa.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, polis yang menerima maklumat kemudiannya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk meminta bantuan operasi mencari mangsa.

Katanya, selepas beberapa jam pencarian, mayat mangsa akhirnya berjaya ditemui terapung kira-kira dua meter daripada lokasi kejadian.

See also  317 Kes Baru Covid19 Malaysia 3 Okt 2020

“Siasatan awal mendapati lokasi kejadian berlaku hanya terletak kira-kira 20 meter daripada rumah mangsa. Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di pinggang, perut dan dada.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

See also  Kami dah biasa nampak buaya disini

Rohan berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.Katanya, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sehubungan itu, Rohan menasihati orang ramai yang tinggal di pesisir sungai dan pantai supaya sentiasa berhati-hati dengan kemungkinan serangan reptilia berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2020 @ 7:19 PMJuwan Riduan
am@hmetro.com.my
Video/gambar Media sosial#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

See also  Lelaki cucuk mata buaya untuk selamatkan diri
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kanak-kanak maut dibaham buaya ketika mandi " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

140019
Users Today : 1195
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22148
Users Last 30 days : 74675
Users This Month : 33744
Users This Year : 140018
Total Users : 140019
Views Today : 1667
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34315
Views Last 30 days : 115482
Views This Month : 52057
Views This Year : 214447
Total views : 214448
Who's Online : 32
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares