Pukul dan ugut bunuh ibu bapa

Pukul dan ugut bunuh ibu bapa

KUCHING: Seorang lelaki diberkas selepas didakwa memukul serta mengugut bunuh ibu bapanya pada Rabu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata suspek yang berumur 38 tahun, ditangkap sepasukan polis di Jalan Mendu, sekitar pukul 3.45 petang.

Menurutnya, tangkapan adalah susulan laporan polis yang dibuat oleh bapanya yang mendakwa suspek mengamuk dan mengugut bunuh dia dan isterinya di rumah mereka di Jalan Matang pada 6 Disember baru-baru ini.

“Dalam kejadian tersebut, suspek dikatakan mencekik ibunya dan menampar muka bapanya menggunakan pinggan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

See also  Aksi Dramatik Penarik kereta undur pecut untuk lari dari MPV PDRM.

“Selepas itu suspek juga bertindak menyembur (racun nyamuk) ke arah dapur gas sehingga menyebabkan api marak di bahagian dapur,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Melihat keadaan tersebut, si bapa kemudian cuba memujuk suspek yang selepas itu dikatakan meminta dihantar ke Siol Kandis untuk mengambil kereta.

“Bagaimanapun semasa dalam perjalanan, suspek dikatakan bertindak agresif di dalam kereta dengan memecahkan cermin mata dan menumbuk bahu bapanya.

See also  Penganggur samun stesen minyak dicekup

“Risau akan keselamatannya, si bapa kemudian memberhentikan kereta di tengah jalan raya dan terus menyelamatkan diri,” kata Aidil.

Laporan polis juga telah dibuat oleh si bapa selepas itu sehingga membawa kepada penangkapan suspek yang juga didapati mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

“Bagaimanapun, suspek semasa disoal siasat tidak mengaku ada mencekik dan mengugut ibu bapanya.

“Siasatan awal juga mengesyaki suspek terlibat kes samun di Kampung Semariang Batu,” katanya.


Suspek direman bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

See also  KISAH KOPERAL ZAL-AZRI DAN DATUK' PEJUANG HAK ASASI MANUSIA

Oleh Jeremy Lanson
Kategory Sarawak
Video/gambar: Media sosial

#UtusanBorneo
#Infosemasa
@infosemasaofficial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pukul dan ugut bunuh ibu bapa " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156763
Users Today : 604
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23418
Users Last 30 days : 78849
Users This Month : 50488
Users This Year : 156762
Total Users : 156763
Views Today : 1112
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35525
Views Last 30 days : 121462
Views This Month : 77663
Views This Year : 240053
Total views : 240054
Who's Online : 1
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares