KUCHING 10/12/2020 : Seorang remaja lelaki cedera parah akibat dihempap dinding simen yang tumbang dalam satu insiden di sebuah institut pengajian teknikal di Santubong pada Rabu.

Difahamkan mangsa yang berumur 19 tahun, hendak mengambil penyapu apabila dinding tersebut tiba-tiba tumbang iaitu sekitar pukul 2 petang.
Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.
“Dinding simen tersebut berjaya dialihkan dengan bantuan bomba dan impak kejadian tersebut menyebabkan mangsa parah di kaki serta kepala,” kata sumber.
Mangsa kemudian diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.
Oleh Jeremy Lanson
Kategory Sarawak
#UtusanBorneo
#Infosemasa
@infosemasaofficial
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Remaja parah dihempap dinding " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.