Chief Chapree PADA 9 DISEMBER 2020
Gangguan Transaksi Maybank2u dan Kad Debit Pada 11 Disember

Maybank telah mengumumkan bahawa sebilangan perkhidmatannya tidak akan beroperasi untuk tempoh 11:30pm sehingga 11.59pm pada 11 Disember.
Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh bank melalui Facebook dan Twitter , terdapat banyak perkhidmatan kritikal yang akan terlibat dalam waktu henti berkenaan.
Antaranya termasuk laman web dan aplikasi Maybank2u serta beberapa aplikasi mudah alih lain milik bank termasuk MAE, Wealth, dan QRPay Biz.
Waktu henti juga akan membabitkan urusan ATM, pembayaran dalam talian dan transaksi kad debit.
Maybank tidak memberikan alasan mengenai waktu henti yang dijadualkan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Transaksi Maybank2u dan Kad Debit Tidak Akan Buat Sementara Pada 11 Disember " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.