Oleh Mohd Rafi Mamat
bhnews@bh.com.my
December 11, 2020 @ 10:30am
ROMPIN: Tindakan dua lelaki menghasilkan lebih 93 batang kayu bergergaji tanpa permit mengundang padah apabila ditahan anggota Unit Tindakan Khas Pejabat Hutan Daerah, Rompin di Kampung Janglau, di sini kelmarin.

Pegawai Pejabat Hutan Daerah Rompin, Shairani Mamat, berkata penahanan itu dibuat susulan aduan awam yang menyedari aktiviti oleh dua lelaki tempatan itu.
Shairani berkata, lelaki yang masing-masing berusia 34 dan 40 tahun itu mendakwa tidak mengetahui menebang dan membelah pokok spesis KELAT satu kesalahan disebabkan ia bukan jenis balak selain tidak berada dalam hutan.
“Nilai ganti rugi kayu terbabit dianggarkan lebih RM1,132 dan difahamkan kayu terbabit untuk kegunaan sendiri selain dijual pada individu tertentu.
“Kita akan siasat kegiatan lelaki terbabit kerana kemungkinan mereka sebelum ini pernah melakukan aktiviti sama,” katanya, di sini, semalam.
Shairani berkata, pihaknya turut menyita mesin membelah kayu dan lori tiga tan yang digunakan untuk memindahkan kayu.
Tambahnya, dua suspek itu boleh disiasat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana cubaan memindahkan hasil hutan tanpa kebenaran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Dua ditangkap tebang pokok tanpa permit " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.