Polis tak wajar menari dalam Tik Tok

Polis tak wajar menari dalam Tik Tok

December 11, 2020 @ 12:19am

KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran untuk tidak bermain aplikasi media sosial Tik Tok, ketika sedang bertugas kerana tidak sesuai dan mencemarkan imej pasukan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak manis dilakukan oleh seseorang pegawai, mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform kerana perbuatan itu seolah-olah mengaibkan pakaian seragam PDRM.

See also  Nyaris maut terbabas kelongkang

“Ia tidak manis dan tidak cocok apabila anggota atau pegawai dalam unit beruniform melakukan sesuatu perbuatan menari dan ini sepatutnya dijadikan satu kesalahan tatatertib seolah-olah mengaibkan uniform PDRM.

“Uniform berwarna biru ini uniform keramat. Tidak manis kalau kita pakai uniform ini dan melakukan sesuatu perbuatan yang tidak cocok dengan budaya kerja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota PDRM di Bukit Aman.

Beliau berkata, isu Tik Tok dalam kalangan pegawai dan anggota polis akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Zamri Yahya.

See also  Aksi Mendebarkan Bomba berjaya selamatkan Lelaki cuba bunuh diri

“Saya akan berbincang dengan Datuk Zamri bagi mengkaji perkara ini tentang baik dan buruknya. Mungkin saya akan keluarkan satu arahan berhubung perkara ini,” katanya.

Sabtu lalu, seorang anggota polis wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berdepan tindakan tatatertib selepas memuat naik video seperti aksi tarian menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform operasi polis.

Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat, berkata perbuatan itu yang tular di media sosial menjejaskan imej jabatan dan kod etika PDRM. – BERNAMA

See also  Tahniah PDRM 17 ahli sindiket Macau Scam diberkas
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis tak wajar menari dalam Tik Tok " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133168
Users Today : 1563
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20480
Users Last 30 days : 69183
Users This Month : 26893
Users This Year : 133167
Total Users : 133168
Views Today : 2493
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31836
Views Last 30 days : 108178
Views This Month : 41812
Views This Year : 204202
Total views : 204203
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares