Remaja diekori, dicabul pekerja cuci kereta

MyMetroMutakhir
Nur Izzati
Mohamadam@hmetro.com.my
Jumaat, 11 Disember 2020 @ 10:47 AM

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Butterworth: Remaja perempuan menempuh detik cemas apabila diekori pekerja cuci kereta yang kemudian cuba mencabulnya sebaik dia tiba di rumahnya di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam, pelajar sekolah berusia 14 tahun itu yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas membeli burger tidak jauh dari kediamannya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika berada di lampu isyarat, mangsa didatangi lelaki tidak dikenali yang menunggang motosikal sambil memerhatinya.

See also  Denda RM3K aib pekerja kedai dengan kata kata rasis dan ludah

“Lelaki itu kemudian mengekori mangsa dan kerana ketakutan mangsa memberhentikan motosikalnya di sebuah tapak pasar malam yang ketika itu terdapat ramai orang hingga lelaki terbabit beredar,” katanya.

Beberapa minit kemudian mangsa pulang ke rumahnya namun terkejut apabila lelaki itu datang dari belakang dan mencabulnya.

“Mangsa menjerit ketakutan dan lelaki terbabit terus beredar sebelum mangsa menceritakan kepada bapanya insiden yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, bapa mangsa terus keluar untuk mencari lelaki terbabit selepas anaknya memaklumkan bahawa dia sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal selain mengecam wajah suspek yang ketika itu tidak memakai topi keledar.

See also  Warga Myanmar cabul wanita beriadah ditahan

“Suspek berjaya ditemui di sebuah kedai tayar berhampiran rumah mangsa dan bapa mangsa menghubungi polis memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

“Polis terus membuat tangkapan ke atas lelaki berusia 40 tahun yang sudah berkahwin itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Jelasnya, ujian saringan air kencing ke atas suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau itu mendapati dia negatif dadah.

See also  Remaja bawah 18 tahun divaksin minggu depan, bermula dengan Sarawak - KJ

Kes disiasat dibawah Seksyen 14(1)Akta kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2020 @ 10:47 AM

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Remaja diekori, dicabul pekerja cuci kereta " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156697
Users Today : 538
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23352
Users Last 30 days : 78783
Users This Month : 50422
Users This Year : 156696
Total Users : 156697
Views Today : 956
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35369
Views Last 30 days : 121306
Views This Month : 77507
Views This Year : 239897
Total views : 239898
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares